SportSync
INTERNAL Ongoing

BOLA PIKEL HOT

Nov 07 – Nov 07, 2026
Registration closes Nov 01, 2026
Tomaz Pickleball Club

RM6,600.00

Prize Pool

3

Categories

Pickleball

Organizer

Ivan Tan Zheng Hong

[email protected]

About

🏸BOLA PIKEL HOT Pickleball Tournament 2026

📅 Date: 7th November (Saturday)

📍 Venue: Tomaz Pickleball Court

⏰ Time: 8.00AM-2.00PM


Bukan sekadar pikel-pikel biasa, kali ni kita nak bagi gelanggang panas! Buat pertama kali Bola Pikel Hot di anjurkan dengan aksi, persaingan sengit dan keseronokan yang dibawakan khas oleh Hot FM dengan kerjasama Everxon!


Bakal berlangsung pada 7 November 2026 di Tomaz Pickleball Club, kejohanan ini bakal menyaksikan pemain berentap dalam kategori Lelaki, Wanita dan Beregu Campuran. Lagi best, anda juga boleh saksikan perlawanan eksibisi khas bersama penyampai Hot FM. Siapa kata personaliti Hot FM hanya hebat dekat konti? Jom tengok siapa paling berbisa atas gelanggang!


Jangan sampai korang terlepas Bola Pikel Hot!



🎯 TOURNAMENT FORMAT

• 8 pasukan

• 1 kumpulan terdiri daripada 8 pasukan. Setiap pasukan akan bertemu dengan semua pasukan lain dalam kumpulan yang sama.

• Format liga (Round Robin)

• Separuh Akhir

• Akhir


Semua team akan lawan dengang semua team


🏆 Categories & Format

• Beregu Lelaki Terbuka (Men's Doubles Open)

• Beregu Campuran Terbuka (Mixed Doubles Open)

• Beregu Wanita Terbuka (Women's Doubles Open)



⚖️ Tatacara Perlawanan

Perjalanan dan kelancaran perlawanan akan dipantau oleh 'Tournament Director'. Walau bagaimanapun, pemain bertanggungjawab membuat keputusan bagi bola masuk atau keluar serta merekodkan skor perlawanan masing-masing sehingga peringkat separuh akhir.


Pemain yang melakukan servis wajib menyebut skor dengan jelas dan kuat sebelum setiap servis dilakukan.


Pengadil rasmi akan ditugaskan untuk mengadili perlawanan di peringkat separuh akhir dan akhir.


Sebarang pertikaian hendaklah dibangkitkan serta-merta semasa perlawanan berlangsung. Sebarang bantahan selepas perlawanan tamat tidak akan dilayan. Keputusan Pengarah Kejohanan adalah muktamad.


📋 PERATURAN AM

Pakaian: Semua pemain diwajibkan memakai pakaian sukan yang sesuai serta kasut gelanggang yang tidak meninggalkan kesan pada permukaan gelanggang (non-marking court shoes).


Masa Rehat (Timeout): Pemain boleh memohon masa rehat atas faktor kecederaan atau masalah kesihatan, dengan tempoh maksimum 15 minit termasuk penilaian keadaan pemain.


Tatakelakuan: Semua peserta wajib mematuhi kod etika dan menunjukkan semangat kesukanan yang profesional. Penggunaan bahasa kesat atau tindakan menghempas dan menyalahgunakan raket akan menyebabkan peserta disingkirkan serta-merta daripada kejohanan.


Liabiliti: Peserta mengakui bahawa sukan ini mempunyai risiko kecederaan fizikal. Setiap peserta bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan, kecergasan fizikal dan barangan peribadi masing-masing sepanjang kejohanan.


Dengan melengkapkan pendaftaran rasmi dan membuat pembayaran yuran penyertaan, setiap peserta dianggap telah bersetuju untuk mematuhi semua peraturan, polisi dan syarat kejohanan yang dinyatakan di atas.


Senarai penuh Peraturan dan Syarat Kejohanan akan diberikan kepada semua peserta apabila tarikh kejohanan semakin hampir.


*THIS TOURNAMENT WILL NOT BE SUBMITTED TO DUPR

*THIS TOURNAMENT IS FOR MALAYSIAN ONLY

*IF THERE IS ANY QUESTIONS FEEL FREEE TO CONTACT THE TOURNAMENT DIRECTOR IVAN TAN (012-2260369)