SportSync
SMALL LOCAL Upcoming

KEJOHANAN TERBUKA PICKLEBALL JUNIOR PUTRAJAYA SIRI KE-3 - TAHUN 2026

Dec 04 – Dec 05, 2026
Registration closes Nov 29, 2026
Putrajaya

—

Prize Pool

8

Categories

Pickleball

Organizer

Rezki Afrina binti Muhammad Nasir

[email protected]

Yunizar Binti Allias

[email protected]

About

DOKUMEN MAKLUMAT & PERATURAN


KEJOHANAN TERBUKA PICKLEBALL JUNIOR PUTRAJAYA 2026

SIRI KE-3

PERINGKAT KEBANGSAAN



1. LATAR BELAKANG

Kejohanan Terbuka Pickleball Junior Putrajaya 2026 (Siri Ke-3) dianjurkan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuhkan pembangunan sukan pickleball di Malaysia, khususnya dalam kalangan pemain muda. Kejohanan ini menyediakan platform kompetitif kepada pemain junior untuk mengasah kemahiran, menimba pengalaman pertandingan serta meningkatkan tahap permainan ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Di samping itu, penganjuran kejohanan ini turut menyokong pembangunan bakat baharu di peringkat kebangsaan serta memperluaskan pendedahan terhadap sukan pickleball dalam kalangan komuniti dan generasi muda.


2. VISI

Melahirkan generasi pemain pickleball muda yang kompetitif, berdisiplin dan berpotensi untuk bersaing di peringkat kebangsaan.


3. MISI

Menganjurkan kejohanan pickleball junior yang sistematik, kompetitif dan inklusif bagi menyokong pembangunan bakat muda secara berterusan.


4. OBJEKTIF

Penganjuran kejohanan ini adalah bertujuan untuk:


  1. Membangunkan bakat pemain pickleball dalam kalangan pemain junior;
  2. Memberikan pendedahan kepada suasana dan pengalaman pertandingan sebenar;
  3. Meningkatkan tahap kompetitif dalam kalangan pemain muda;
  4. Menggalakkan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam sukan; dan
  5. Menyediakan platform pertandingan pickleball junior di peringkat kebangsaan.


5. BUTIRAN PERTANDINGAN


Nama Pertandingan

Kejohanan Terbuka Pickleball Junior Putrajaya 2026 (Siri Ke-3)


Peringkat

Kebangsaan                           


Tempat

11 Pikelbola, Danau Golf UKM, Bangi


Tarikh

5 Disember 2026 (Sabtu)


Penganjur

Persatuan Pickleball Wilayah Persekutuan Putrajaya (PUPA)


6. KATEGORI PERTANDINGAN

Kejohanan ini mempertandingkan acara kategori seperti berikut:

  1. U10 Lelaki (Single)  
  2. U10 Perempuan (Single)
  3. U12 Lelaki (Single)
  4. U12 Perempuan (Single)
  5. U15 Lelaki (Single)
  6. U15 Perempuan (Single)
  7. U18 Lelaki (Single)
  8. U18 Perempuan (Single)


Jumlah Kategori: 8 kategori


7. SYARAT PENYERTAAN

  1. Penyertaan terbuka kepada pemain junior yang memenuhi syarat kategori umur yang ditetapkan.
  2. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia. Bagi peserta yang bukan warganegara Malaysia, penyertaan juga dibuka kepada Pemastautin Tetap (Permanent Resident) Malaysia atau peserta yang mempunyai ibu bapa yang bekerja di Malaysia. (Nota: Pihak penganjur berhak untuk meminta dokumen atau bukti sokongan yang berkaitan bagi tujuan pengesahan status kewarganegaraan, pemastautin atau pekerjaan ibu bapa di Malaysia. Keputusan pihak penganjur berhubung pengesahan kelayakan penyertaan adalah muktamad.)
  3. Sekiranya peserta memilih untuk menyertai lebih daripada satu kategori, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pertindihan jadual atau kegagalan peserta untuk hadir ke perlawanan yang dijadualkan.
  4. Penyertaan adalah berdasarkan konsep **first-paid, first-confirmed**.
  5. Penyertaan hanya dianggap sah setelah bayaran yuran penyertaan diterima dan disahkan oleh pihak penganjur.
  6. Tiada sekatan penarafan DUPR dikenakan bagi tujuan pendaftaran.


8. FORMAT PERTANDINGAN


8.1 Peringkat Kumpulan

  1. Pemain akan dibahagikan kepada kumpulan melalui cabutan undian secara rawak, tanpa mengambil kira seeding, ranking atau kedudukan penarafan pemain.
  2. Pertandingan peringkat kumpulan akan menggunakan format liga satu pusingan (Round Robin).
  3. Setiap pemain akan bertemu semua pemain lain dalam kumpulan masing-masing.
  4. Kedudukan pemain akan ditentukan berdasarkan keputusan perlawanan mengikut kaedah yang ditetapkan oleh pihak penganjur.


8.2 Peringkat Kalah Mati

Peraturan Kelayakan ke Peringkat Kalah Mati


1. Dua (2) pemain terbaik daripada setiap kumpulan di peringkat liga (Round Robin) akan layak secara automatik ke peringkat kalah mati.


2. Tiada perlawanan bye di peringkat kalah mati. Semua slot perlawanan akan diisi oleh pemain yang layak.


3. Sekiranya jumlah pemain yang layak secara automatik tidak mencukupi untuk memenuhi slot peringkat kalah mati, pemain-pemain yang menduduki tempat ketiga terbaik daripada kumpulan masing-masing akan dipilih berdasarkan kedudukan dan prestasi keseluruhan untuk melengkapkan slot yang tersedia.


4. Pemilihan pemain tempat ketiga terbaik adalah tertakluk kepada kriteria penentuan kedudukan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.


Nota:

Pihak penganjur berhak mengubah suai format pertandingan berdasarkan jumlah penyertaan sebenar, keadaan semasa dan keperluan operasi bagi memastikan kejohanan dapat dijalankan dengan lancar.


9. FORMAT PERLAWANAN

  1. Perlawanan pusingan awal hingga suku akhir akan dimainkan sehingga 15 mata
  2. Perlawanan peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan dimainkan sehingga 21 mata
  3. Sistem kiraan mata yang digunakan ialah Rally Scoring
  4. Sistem Sudden Death akan digunakan.
  5. Pengadil hanya ada di Peringkat Suku Akhir hingga Akhir bagi semua kategori
  6. Sebarang penyesuaian terhadap format perlawanan boleh dibuat oleh pihak penganjur sekiranya diperlukan atas faktor masa, jumlah penyertaan atau keadaan pertandingan.


10. JADUAL ACARA TENTATIF


7:30 pagi

Pendaftaran peserta dan sesi pemanasan badan               


8:00 pagi

Perlawanan bermula – U10 Lelaki, U10 Perempuan, U15 Lelaki & U15 Perempuan (Kategori Single)


1:00 petang

Perlawanan bermula – U12 Lelaki, U12 Perempuan, U18 Lelaki & U18 Perempuan (Kategori Single)


Nota:

  • Jadual di atas adalah tentatif dan tertakluk kepada perubahan berdasarkan jumlah penyertaan, kelancaran pertandingan serta keadaan semasa pada hari kejohanan.
  • Peserta hendaklah sentiasa peka terhadap pengumuman dan jadual terkini yang dikeluarkan oleh pihak penganjur sepanjang kejohanan berlangsung.


11. KIT PENYERTAAN


RM40.00 bagi setiap pemain


Kit penyertaan merangkumi:

  • Pengurusan pertandingan; dan
  • Pengurusan teknikal; dan


12. HADIAH PEMENANG


Hadiah akan disediakan kepada:

  • Johan
  • Naib Johan
  • Tempat Ketiga
  • Tempat Keempat


Bentuk Hadiah

  • Medal; dan
  • Merchandise.


Nota:

Butiran hadiah bagi setiap kategori akan ditentukan oleh pihak penganjur dan akan dimaklumkan serta dikemas kini dari semasa ke semasa melalui **halaman rasmi pertandingan**.


Klausa Penentuan Hadiah

  • Pihak penganjur berhak menentukan bentuk, jenis, nilai dan komposisi hadiah bagi setiap kategori pertandingan berdasarkan pertimbangan penganjuran, jumlah penyertaan, sumbangan penaja dan faktor berkaitan.
  • Sebarang keputusan berkaitan hadiah yang ditetapkan oleh pihak penganjur adalah muktamad


13. PERALATAN PERTANDINGAN

  1. Peserta hendaklah menyediakan paddle sendiri untuk digunakan sepanjang pertandingan.
  2. Paddle yang digunakan mestilah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam USA Pickleball Official Rulebook 2026
  3. Bola rasmi pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur.
  4. Peserta bertanggungjawab memastikan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.


14. PERATURAN PERTANDINGAN

  1. Peserta hendaklah membuat check-in sekurang-kurangnya 30 minit sebelum perlawanan pertama bagi kategori yang disertai
  2. Semua jadual perlawanan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur adalah tentatif. Jadual sebenar perlawanan adalah tertakluk kepada aliran dan tempoh masa perlawanan yang sedang berlangsung.
  3. Perlawanan seterusnya akan dimulakan secara back-to-back setelah perlawanan sebelumnya selesai, tertakluk kepada arahan dan pengumuman pihak penganjur atau pegawai pertandingan.
  4. Peserta hendaklah sentiasa bersedia dan peka terhadap pengumuman nama serta panggilan perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.
  5. Sekiranya pemain gagal melaporkan diri ke gelanggang dalam tempoh **15 minit selepas namanya dipanggil**, pemain tersebut boleh dianggap memberikan **walkover** bagi perlawanan berkenaan.
  6. Semua keputusan pengadil dan pegawai pertandingan adalah muktamad.
  7. Pertandingan akan dijalankan berdasarkan **USA Pickleball Official Rulebook 2026**, tertakluk kepada format dan peraturan khusus yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  8. Peserta hendaklah mematuhi segala arahan pegawai pertandingan dan pihak penganjur sepanjang kejohanan.
  9. Sebarang perkara yang tidak dinyatakan secara khusus dalam dokumen ini akan diputuskan oleh pihak penganjur berdasarkan keadaan semasa.


15. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI

  1. Semua peserta menyertai kejohanan ini atas risiko sendiri.
  2. Peserta bertanggungjawab memastikan keadaan fizikal dan kesihatan diri berada pada tahap yang sesuai untuk menyertai pertandingan.
  3. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap:
  4. Sebarang kecederaan atau masalah kesihatan yang berlaku sebelum, semasa atau selepas pertandingan;
  5. Kemalangan yang berlaku sepanjang acara; dan
  6. Kehilangan, kerosakan atau kecurian barangan peribadi peserta.
  7. Peserta hendaklah mengambil langkah sewajarnya untuk menjaga keselamatan diri dan barangan peribadi sepanjang berada di lokasi kejohanan.


16. HAK PENGANJUR


Pihak penganjur berhak untuk:

  • Mengubah atau menyusun semula jadual pertandingan;
  • Meminda format pertandingan berdasarkan jumlah penyertaan dan keadaan semasa;
  • Menentukan kelayakan peserta berdasarkan syarat penyertaan yang ditetapkan;
  • Membatalkan penyertaan peserta yang tidak memenuhi syarat atau melanggar peraturan;
  • Menggabungkan, mengubah atau membatalkan mana-mana kategori sekiranya perlu berdasarkan jumlah penyertaan dan pertimbangan operasi;
  • Mengambil sebarang tindakan atau membuat keputusan yang dianggap perlu demi memastikan kelancaran, keselamatan dan integriti kejohanan; dan
  • Membuat keputusan muktamad terhadap sebarang perkara atau pertikaian yang timbul sepanjang kejohanan.


Penggunaan Maklumat & Bahan Media


Dengan menyertai kejohanan ini, peserta bersetuju bahawa:

  • Maklumat yang diberikan semasa pendaftaran boleh digunakan bagi tujuan pengurusan pertandingan, rekod, dokumentasi dan urusan berkaitan kejohanan;
  • Gambar, video dan bahan media yang dirakam sepanjang kejohanan boleh digunakan oleh pihak penganjur bagi tujuan promosi, publisiti, dokumentasi dan hebahan berkaitan kejohanan; dan
  • Segala keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur berkaitan pengurusan dan perjalanan kejohanan adalah muktamad.


17. PERSETUJUAN PENYERTAAN

  • Dengan membuat pendaftaran dan pembayaran yuran penyertaan, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua syarat, terma dan peraturan yang ditetapkan dalam dokumen ini.
  • Peserta juga dianggap bersetuju untuk mematuhi segala arahan pihak penganjur, pegawai pertandingan dan peraturan yang ditetapkan sepanjang kejohanan berlangsung.
  • Kegagalan mematuhi mana-mana syarat atau peraturan boleh menyebabkan tindakan diambil oleh pihak penganjur, termasuk pembatalan penyertaan atau pemberian walkover, mengikut kesesuaian keadaan.


PENGANJUR

PERSATUAN PICKLEBALL WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (PUPA)


Kejohanan Terbuka Pickleball Junior Putrajaya 2026 (Siri Ke-3)

Peringkat Kebangsaan

5 Disember 2026 (Sabtu)

11 Pikelbola, Danau Golf UKM, Bangi