SportSync
SMALL LOCAL Ongoing

Karnival SUGAR (Pickleball) Peringkat Kebangsaan 2026

Nov 25 – Nov 26, 2026
Registration closes Nov 22, 2026
Pickledoh @ Uniten

—

Prize Pool

2

Categories

Pickleball

Organizer

PERSATUAN PICKLEBALL WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

[email protected]

About

1. NAMA PERTANDINGAN

Karnival SUGAR (Pickleball) Peringkat Kebangsaan 2026

2. PENGANJUR

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM

3. PENGELOLA

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM

4. TARIKH PERTANDINGAN

24 – 27 November, 2026

5. TEMPAT

PickleDoh @ Uniten

6. PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang USA Pickleball (USAP) yang berkuat kuasa dan diguna pakai oleh Persatuan Pickleball Malaysia (MPA).

7. JENIS PERTANDINGAN

7.1. Pertandingan secara individu, pelajar perempuan 13 hingga 15 tahun. Acara-acara yang dipertandingkan adalah:

7.1.1. Satu (1) Perseorangan; dan

7.1.2. Satu (1) Beregu

8. PENDAFTARAN PEMAIN

8.1. Tiap-tiap negeri hanya dibenarkan mendaftar seorang (1) pemain bagi kategori perseorangan dan dua (2) orang pemain untuk setiap pasukan untuk kategori beregu.

8.2. Seseorang pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu acara sahaja iaitu sama ada dalam acara perseorangan atau beregu.

8.3. Semua pendaftaran nama pemain hendaklah diserahkan kepada negeri yang mengelolakan tidak lewat dari tujuh (7) hari sebelum hari pertama pertandingan.

8.4. Pindaan dan gantian nama pemain hendaklah dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. Selepas daripada itu tidak dibenarkan melakukan sebarang pindaan atau penggantian.

8.5. Jawatan Kuasa Pengelola berhak menolak mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan 8.3 dan 8.4