SportSync
APA Pro Series Completed

KBS Masters

Oct 24 – Oct 26, 2025
Registration closes Oct 19, 2025
11PikelBola, Danau Golf UKM

RM28,800.00

Prize Pool

12

Categories

Pickleball

Organizer

Adhwa Afnan Hafiy Bin Abdul Sani

[email protected]

MARLIA BINTI MOHAMED

[email protected]

Marlizan binti Mohamed

[email protected]

MOHD HASRI BIN HASAN

[email protected]

Mohd salehudin bin ahmad

[email protected]

About

KBS Masters Games bakal berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025 dan dijangka melibatkan lebih 5,000 peserta dalam 19 acara sukan termasuk akuatik, badminton, olahraga master, pickleball, dan esport. Sukan Pickleball bagi KBS Masters 2025 akan dianjurkan oleh Persatuan Pickleball Putrajaya dengan mempertandingkan 12 kategori khusus buat peserta berumur 40 tahun ke atas. 12 Kategori (Warganegara Malaysia Sahaja): 1. Beregu Lelaki Novis (DUPR <3.0) - 40 tahun ke atas 2. Beregu Lelaki Terbuka - 40 tahun ke atas 3. Beregu Wanita Novis (DUPR <3.0) - 40 tahun ke atas 4. Beregu Wanita Terbuka - 40 tahun ke atas 5. Beregu Campuran Novis (DUPR <3.0) - 40 tahun ke atas 6. Beregu Campuran Terbuka - 40 tahun ke atas 7. Beregu Lelaki Terbuka – 50 tahun ke atas 8. Beregu Wanita Terbuka – 50 tahun ke atas 9. Beregu Lelaki Terbuka – Pasangan 100 tahun ke atas (P1+P2>=100) 10. Beregu Campuran Terbuka – Pasangan 100 tahun ke atas (P1+P2>=100) 11. Beregu PARA Terbuka (kerusi roda) – 40 tahun ke atas 12. Beregu PARA Terbuka (bukan berkerusi roda) – 40 tahun ke atas Peserta dibenarkan untuk menyertai lebih daripada 1 kategori selagi jadual tidak berjalan serentak. Maklumat Pertandingan Tarikh: 25 – 26 Oktober 2025 Tempat: 11PikelBola, Danau Golf UKM Jadual Pertandingan: Sabtu – 25 Oktober 8 pagi – 2 tengahari 1) Beregu Lelaki Novis (40 tahun +) 2) Beregu Wanita Novis (40 tahun +) 3) Beregu Lelaki Terbuka (40 tahun +) 4) Beregu Wanita Terbuka (40 tahun +) 3 petang – 7 petang 1) Beregu Campuran Novis (40 tahun +) 2) Beregu Campuran Terbuka (40 tahun +) 3) Beregu Lelaki Terbuka (50 tahun +) 4) Beregu Wanita Terbuka (50 tahun +) Ahad – 26 Oktober 8 pagi – 12 tengahari 1) Beregu Lelaki Terbuka (Pasangan 100+) 2) Beregu Terbuka PARA (Bukan berkerusi roda) 3) Beregu Terbuka PARA (Kerusi Roda) 2 petang – 6 petang 1) Beregu Campuran Terbuka (Pasangan 100+) Yuran Penyertaan: RM100 setiap pasukan (50% diskaun kepada peserta PARA) 150 penyertaan terawal akan diberikan kit peserta penuh. Hadiah Pertandingan Johan Setiap Kategori: RM1,000 Naib Johan Setiap Kategori: RM800 Tempat Ketiga Setiap Kategori: RM600 Hadiah Terkumpul: RM28,800 Format Pertandingan • Peringkat Kumpulan (Round Robin): 1 set – 15 mata • Peringkat Kalah Mati (R16 – Akhir): 1 set – 15 mata • Penukaran belah gelanggang setiap 8 mata • Setiap perlawanan adalah menggunakan format sudden-death, tiada deuce pada (14-14) • Waktu rehat :1 minit setiap pasukan (1 kali sahaja) bermula di peringkat Pusingan 16 • Semua perlawanan, peringkat kumpulan dan kalah mati akan diadili oleh seorang pengadil. Pengadil akan memanggil kesalahan servis, kesalahan zon bukan voli dan panggilan markah • Peraturan panggilan bola keluar: Penerima memanggil bola keluar, pengadil boleh menasihati jika berlaku sebarang pertikaian • Setiap panggilan bola keluar yang tidak dapat mencapai kata putus antara kedua pasukan akan dimainkan semula (replay – reserve) • Peraturan servis: • Skor mesti disebut oleh pengadil sebelum servis dimulakan • Sekiranya servis dimulakan sebelum skor disebut, servis akan diulang (re-serve) • Sekiranya servis dilakukan semasa skor sedang disebut, ia adalah 1 kesalahan, mata diberikan kepada pihak lawan • Semua pemain diharap menerapkan semangat kesukanan yang tinggi. Penukaran pemain, penciptaan sub-akaun, manipulasi penarafan DUPR adalah TIDAK dibenarkan dan dalam kes sedemikian, jawatankuasa pertandingan berhak untuk mengesahkan atau membatalkan kelayakan pemain. • Penarafan DUPR adalah berdasarkan mata akhir pada 10 Oktober 2025, atau pada hari membuat pendaftaran (mana yang lebih terkini). Kenaikan mata setelah tarikh tersebut adalah dibenarkan. 3.0 = (3.001 to 3.099) • Penjadualan dan masa perlawanan tertakluk kepada perubahan berdasarkan perjalanan pertandingan. • Penganjur mempunyai hak merubah format dan peraturan pertandingan yang dianggap perlu dan sesuai. • Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kehilangan atau kerugian sewaktu penganjuran program. • Peserta yang gagal melaporkan diri pada waktu pendaftaran dan perlawanan boleh dibatalkan penyertaan atau diberi kekalahan. • Keputusan pengadil dan pegawai teknikal adalah muktamad.

Powered by