KEJOHANAN TERBUKA PICKLEBALL JUNIOR PUTRAJAYA SIRI KE-2 - TAHUN 2026
Tournament Organizers
Venue Information
11PIKELBOLA, DANAU GOLF UKM
11PIKELBOLA, DANAU GOLF UKM, Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia
8 courts available
View venue detailsAbout This Tournament
Dates
Sep 12 - Sep 12, 2026
Location
Putrajaya
Registration Deadline
September 10, 2026
Prize Pool
RM0.00 total value
Description
DOKUMEN MAKLUMAT & PERATURAN
KEJOHANAN TERBUKA PICKLEBALL JUNIOR PUTRAJAYA 2026
SIRI KE-2
PERINGKAT KEBANGSAAN
1. LATAR BELAKANG
Kejohanan Terbuka Pickleball Junior Putrajaya 2026 (Siri Ke-2) dianjurkan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuhkan pembangunan sukan pickleball di Malaysia, khususnya dalam kalangan pemain muda. Kejohanan ini menyediakan platform kompetitif kepada pemain junior untuk mengasah kemahiran, menimba pengalaman pertandingan serta meningkatkan tahap permainan ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Di samping itu, penganjuran kejohanan ini turut menyokong pembangunan bakat baharu di peringkat kebangsaan serta memperluaskan pendedahan terhadap sukan pickleball dalam kalangan komuniti dan generasi muda.
2. VISI
Melahirkan generasi pemain pickleball muda yang kompetitif, berdisiplin dan berpotensi untuk bersaing di peringkat kebangsaan.
3. MISI
Menganjurkan kejohanan pickleball junior yang sistematik, kompetitif dan inklusif bagi menyokong pembangunan bakat muda secara berterusan.
4. OBJEKTIF
Penganjuran kejohanan ini adalah bertujuan untuk:
- Membangunkan bakat pemain pickleball dalam kalangan pemain junior;
- Memberikan pendedahan kepada suasana dan pengalaman pertandingan sebenar;
- Meningkatkan tahap kompetitif dalam kalangan pemain muda;
- Menggalakkan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam sukan; dan
- Menyediakan platform pertandingan pickleball junior di peringkat kebangsaan.
5. BUTIRAN PERTANDINGAN
Nama Pertandingan
Kejohanan Terbuka Pickleball Junior Putrajaya 2026 (Siri Ke-2)
Peringkat
Kebangsaan
Tempat
11 Pikelbola, Danau Golf UKM, Bangi
Tarikh
12 September 2026 (Sabtu)
Penganjur
Persatuan Pickleball Wilayah Persekutuan Putrajaya (PUPA)
6. KATEGORI PERTANDINGAN
Kejohanan ini mempertandingkan acara perseorangan (Singles) mengikut jantina dan kategori umur seperti berikut:
- U10 Lelaki
- U10 Perempuan
- U12 Lelaki
- U12 Perempuan
- U15 Lelaki
- U15 Perempuan
- U18 Lelaki
- U18 Perempuan
Jumlah Kategori: 8 kategori
Had Penyertaan: Maksimum 16 pemain bagi setiap kategori
7. SYARAT PENYERTAAN
- Penyertaan terbuka kepada pemain junior yang memenuhi syarat kategori umur yang ditetapkan.
- Peserta dinasihatkan untuk menyertai satu (1) kategori sahaja bagi mengelakkan sebarang pertindihan jadual perlawanan. Sekiranya peserta memilih untuk menyertai lebih daripada satu kategori, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pertindihan jadual atau kegagalan peserta untuk hadir ke perlawanan yang dijadualkan.
- Penyertaan adalah berdasarkan konsep **first-paid, first-confirmed**.
- Penyertaan hanya dianggap sah setelah bayaran yuran penyertaan diterima dan disahkan oleh pihak penganjur.
- Tiada sekatan penarafan DUPR dikenakan bagi tujuan pendaftaran.
- Keputusan pertandingan akan dihantar ke sistem DUPR untuk tujuan rekod dan pengemaskinian rating peserta.
8. FORMAT PERTANDINGAN
8.1 Peringkat Kumpulan
- Pemain akan dibahagikan kepada kumpulan melalui cabutan undian secara rawak, tanpa mengambil kira seeding, ranking atau kedudukan penarafan pemain.
- Pertandingan peringkat kumpulan akan menggunakan format liga satu pusingan (Round Robin).
- Setiap pemain akan bertemu semua pemain lain dalam kumpulan masing-masing.
- Kedudukan pemain akan ditentukan berdasarkan keputusan perlawanan mengikut kaedah yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
8.2 Peringkat Kalah Mati
- Dua (2) pemain terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.
- Peringkat kalah mati akan menggunakan format Single Elimination
- Pemain yang tewas akan tersingkir daripada pertandingan.
- Pemenang perlawanan akhir akan dinobatkan sebagai Johan bagi kategori masing-masing.
Nota:
Pihak penganjur berhak mengubah suai format pertandingan berdasarkan jumlah penyertaan sebenar, keadaan semasa dan keperluan operasi bagi memastikan kejohanan dapat dijalankan dengan lancar.
9. FORMAT PERLAWANAN
- Semua perlawanan akan dimainkan sehingga 15 mata
- Sistem kiraan mata yang digunakan ialah Rally Scoring
- Sistem Sudden Death akan digunakan.
- Pemain yang mencapai 15 mata terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.
- Sebarang penyesuaian terhadap format perlawanan boleh dibuat oleh pihak penganjur sekiranya diperlukan atas faktor masa, jumlah penyertaan atau keadaan pertandingan.
10. JADUAL ACARA TENTATIF
7:30 pagi
Pendaftaran peserta dan sesi pemanasan badan
8:00 pagi
Perlawanan bermula – U10 Lelaki, U10 Perempuan, U12 Lelaki & U12 Perempuan
2:30 petang
Perlawanan bermula – U15 Lelaki, U15 Perempuan, U18 Lelaki & U18 Perempuan
Nota:
- Jadual di atas adalah tentatif dan tertakluk kepada perubahan berdasarkan jumlah penyertaan, kelancaran pertandingan serta keadaan semasa pada hari kejohanan.
- Peserta hendaklah sentiasa peka terhadap pengumuman dan jadual terkini yang dikeluarkan oleh pihak penganjur sepanjang kejohanan berlangsung.
11. YURAN PENYERTAAN
RM45.00 bagi setiap pemain
Yuran penyertaan merangkumi:
- Pengurusan pertandingan; dan
- Pengurusan teknikal; dan
12. HADIAH PEMENANG
Hadiah akan disediakan kepada:
- Johan
- Naib Johan
- Tempat Ketiga
Bentuk Hadiah
- Medal; dan
- Merchandise.
Nota:
Butiran hadiah bagi setiap kategori akan ditentukan oleh pihak penganjur dan akan dimaklumkan serta dikemas kini dari semasa ke semasa melalui **halaman rasmi pertandingan**.
Klausa Penentuan Hadiah
- Pihak penganjur berhak menentukan bentuk, jenis, nilai dan komposisi hadiah bagi setiap kategori pertandingan berdasarkan pertimbangan penganjuran, jumlah penyertaan, sumbangan penaja dan faktor berkaitan.
- Sebarang keputusan berkaitan hadiah yang ditetapkan oleh pihak penganjur adalah muktamad
13. PERALATAN PERTANDINGAN
- Peserta hendaklah menyediakan paddle sendiri untuk digunakan sepanjang pertandingan.
- Paddle yang digunakan mestilah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam USA Pickleball Official Rulebook 2026
- Bola rasmi pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur.
- Peserta bertanggungjawab memastikan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
14. PERATURAN PERTANDINGAN
- Peserta hendaklah membuat check-in sekurang-kurangnya 30 minit sebelum perlawanan pertama bagi kategori yang disertai
- Semua jadual perlawanan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur adalah tentatif. Jadual sebenar perlawanan adalah tertakluk kepada aliran dan tempoh masa perlawanan yang sedang berlangsung.
- Perlawanan seterusnya akan dimulakan secara back-to-back setelah perlawanan sebelumnya selesai, tertakluk kepada arahan dan pengumuman pihak penganjur atau pegawai pertandingan.
- Peserta hendaklah sentiasa bersedia dan peka terhadap pengumuman nama serta panggilan perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.
- Sekiranya pemain gagal melaporkan diri ke gelanggang dalam tempoh **15 minit selepas namanya dipanggil**, pemain tersebut boleh dianggap memberikan **walkover** bagi perlawanan berkenaan.
- Semua keputusan pengadil dan pegawai pertandingan adalah muktamad.
- Pertandingan akan dijalankan berdasarkan **USA Pickleball Official Rulebook 2026**, tertakluk kepada format dan peraturan khusus yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Peserta hendaklah mematuhi segala arahan pegawai pertandingan dan pihak penganjur sepanjang kejohanan.
- Sebarang perkara yang tidak dinyatakan secara khusus dalam dokumen ini akan diputuskan oleh pihak penganjur berdasarkan keadaan semasa.
15. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI
- Semua peserta menyertai kejohanan ini atas risiko sendiri.
- Peserta bertanggungjawab memastikan keadaan fizikal dan kesihatan diri berada pada tahap yang sesuai untuk menyertai pertandingan.
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap:
- Sebarang kecederaan atau masalah kesihatan yang berlaku sebelum, semasa atau selepas pertandingan;
- Kemalangan yang berlaku sepanjang acara; dan
- Kehilangan, kerosakan atau kecurian barangan peribadi peserta.
- Peserta hendaklah mengambil langkah sewajarnya untuk menjaga keselamatan diri dan barangan peribadi sepanjang berada di lokasi kejohanan.
16. HAK PENGANJUR
Pihak penganjur berhak untuk:
- Mengubah atau menyusun semula jadual pertandingan;
- Meminda format pertandingan berdasarkan jumlah penyertaan dan keadaan semasa;
- Menentukan kelayakan peserta berdasarkan syarat penyertaan yang ditetapkan;
- Membatalkan penyertaan peserta yang tidak memenuhi syarat atau melanggar peraturan;
- Menggabungkan, mengubah atau membatalkan mana-mana kategori sekiranya perlu berdasarkan jumlah penyertaan dan pertimbangan operasi;
- Mengambil sebarang tindakan atau membuat keputusan yang dianggap perlu demi memastikan kelancaran, keselamatan dan integriti kejohanan; dan
- Membuat keputusan muktamad terhadap sebarang perkara atau pertikaian yang timbul sepanjang kejohanan.
Penggunaan Maklumat & Bahan Media
Dengan menyertai kejohanan ini, peserta bersetuju bahawa:
- Maklumat yang diberikan semasa pendaftaran boleh digunakan bagi tujuan pengurusan pertandingan, rekod, dokumentasi dan urusan berkaitan kejohanan;
- Gambar, video dan bahan media yang dirakam sepanjang kejohanan boleh digunakan oleh pihak penganjur bagi tujuan promosi, publisiti, dokumentasi dan hebahan berkaitan kejohanan; dan
- Segala keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur berkaitan pengurusan dan perjalanan kejohanan adalah muktamad.
17. PERSETUJUAN PENYERTAAN
- Dengan membuat pendaftaran dan pembayaran yuran penyertaan, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua syarat, terma dan peraturan yang ditetapkan dalam dokumen ini.
- Peserta juga dianggap bersetuju untuk mematuhi segala arahan pihak penganjur, pegawai pertandingan dan peraturan yang ditetapkan sepanjang kejohanan berlangsung.
- Kegagalan mematuhi mana-mana syarat atau peraturan boleh menyebabkan tindakan diambil oleh pihak penganjur, termasuk pembatalan penyertaan atau pemberian walkover, mengikut kesesuaian keadaan.
PENGANJUR
PERSATUAN PICKLEBALL WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (PUPA)
Kejohanan Terbuka Pickleball Junior Putrajaya 2026 (Siri Ke-2)
Peringkat Kebangsaan
12 September 2026 (Sabtu)
11 Pikelbola, Danau Golf UKM, Bangi