Karnival Sukan Alumni SBP 2026 - Pickleball
Tournament Organizers
About This Tournament
Dates
Nov 28 - Nov 28, 2026
Location
Sejiwa Social Club, Cyberjaya
Registration Deadline
November 20, 2026
Prize Pool
RM0.00 total value
Description
KARNIVAL SUKAN ALUMNI SBP 2026
Pengenalan Karnival
Karnival Sukan Alumni SBP 2026 merupakan acara tahunan yang menghimpunkan semangat kesukanan dan kekitaan dalam kalangan alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dari seluruh Malaysia. Dihimpunkan di bawah payung Gabungan Persatuan Alumni SBP (GPASBP), karnival ini menjadi medan pertemuan semula, jalinan ukhuwah serta platform untuk mengasah bakat dan semangat kompetitif secara sihat.
Dengan penyertaan pelbagai persatuan alumni SBP dari seluruh negara, karnival ini mengetengahkan pelbagai acara sukan utama termasuk bola keranjang, bola sepak, ping pong, hoki, boling, badminton, bola tampar, bola jaring, snuker, dan pickleball. Selain bersaing secara sihat, para peserta juga berpeluang membina jaringan profesional serta menyumbang semula kepada komuniti melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
Mari kita raikan sukan, persahabatan, dan kenangan zaman SBP dalam satu acara epik tahunan – Karnival Sukan Alumni SBP 2026.
"Berbeza sekolah, satu semangat"
01 — PERATURAN RASMI KEJOHANAN
01.01 | UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan ini akan dilangsungkan berdasarkan Undang-Undang Antarabangsa Pickleball 2026 yang berkuat kuasa, tertakluk kepada peraturan khas kejohanan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
01.02 | SAFE SPORT Semua penganjur, pegawai dan peserta hendaklah memahami serta mematuhi garis panduan Kod Sukan Selamat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang kejohanan berlangsung.
01.03 | PENYERTAAN ATAS RISIKO SENDIRI Setiap pemain mengambil bahagian dalam kejohanan ini atas risiko sendiri dan bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing sepanjang berada di venue pertandingan.
01.04 | LIABILITI PENGANJUR Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan, kecederaan atau kejadian tidak diingini yang berlaku sebelum, semasa atau selepas kejohanan.
01.05 | KUASA JAWATANKUASA PENGELOLA Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk meminda, menambah atau mengubah manamana peraturan, format atau jadual pertandingan sekiranya diperlukan demi kelancaran dan kepentingan keseluruhan kejohanan. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.
02 KELAYAKAN PENYERTAAN
02.01 | KELAYAKAN PASUKAN Penyertaan adalah terbuka kepada Ahli Gabungan Alumni SBP yang memenuhi syarat penyertaan yang telah ditetapkan.
02.02 | SATU SEKOLAH, SATU PASUKAN Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar: SATU (1) PASUKAN BAGI SETIAP KATEGORI
02.03 | REGISTRATION ROSTER Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan: MINIMUM — 4 PEMAIN MAKSIMUM — 6 PEMAIN Senarai pemain yang telah disahkan hendaklah dipatuhi sepanjang kejohanan, tertakluk kepada peraturan pertandingan.
03 STRUKTUR KEJOHANAN
Kejohanan akan berlangsung dalam DUA (2) PERINGKAT UTAMA:
1 ROUND-ROBIN Semua pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan melalui undian rasmi yang dikendalikan oleh pihak penganjur.
Setiap pasukan akan:
• Bertemu setiap pasukan lain dalam kumpulan sekali sahaja.
• Mengumpul mata berdasarkan keputusan setiap perlawanan.
• Bersaing untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam kumpulan.
LAYAK PUSINGAN SETERUSNYA: 2 PASUKAN TERATAS DARIPADA SETIAP KUMPULAN akan mara ke peringkat Knock-Out.
2 KNOCK-OUT Peringkat Knock-Out akan menggunakan sistem single elimination. Setiap kemenangan akan membawa pasukan selangkah lebih dekat kepada kejuaraan, manakala kekalahan akan menyebabkan pasukan tersingkir daripada pertandingan.
04 FORMAT PERLAWANAN
Setiap perlawanan antara dua pasukan akan terdiri daripada: 3 GAMES BEREGU
Pasukan yang memenangi sekurang-kurangnya: 2 daripada 3 GAMES akan diisytiharkan sebagai PEMENANG PERLAWANAN.
LEAGUE POINTS MENANG = 3 MATA KALAH = 0 MATA
Nota: Ketiga-tiga game akan tetap dimainkan sepenuhnya walaupun keputusan keseluruhan perlawanan telah ditentukan.
05 SUSUNAN PEMAIN
Setiap pasukan hendaklah memuktamadkan susunan pemain sebelum perlawanan bermula.
ketua Pasukan diberi kuasa untuk menentukan susunan pemain mengikut syarat pertandingan yang ditetapkan.
Sebarang perubahan susunan pemain hendaklah dibuat sebelum game berkenaan bermula dan tertakluk kepada peraturan kejohanan.
06 PENENTUAN KEDUDUKAN KUMPULAN
Sekiranya dua atau lebih pasukan terikat dari segi jumlah mata, kedudukan akan ditentukan mengikut turutan tie-breaker berikut:
01 — HEAD-TO-HEAD Keputusan pertemuan sesama sendiri.
02 — SCORE DIFFERENCE Perbezaan jumlah mata yang diperoleh dengan jumlah mata yang dilepaskan.
HEAD-TO-HEAD → SCORE DIFFERENCE
07 SISTEM PERMAINAN
Setiap game akan dimainkan: 1 SET • 15 MATA • RALLY SCORING
FORMAT PEMARKAHAN
• Setiap rally menghasilkan 1 mata.
• Pasukan pertama yang mencapai 15 mata memenangi game.
• Kedudukan 14–14 tidak akan membawa kepada deuce.
• Pasukan pertama yang mencapai 15 mata akan memenangi game secara SUDDEN DEATH.
08 PENGADIL & KEPUTUSAN PERLAWANAN
Semua perlawanan akan dikendalikan oleh Pengadil/Pegawai Perlawanan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
RECEIVER CALL Kejohanan ini menggunakan sistem: “RECEIVER CALL” Pihak penerima (receiver) mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada bola yang diterima adalah: IN ✓ atau OUT ✕
Sekiranya berlaku pertikaian atau keadaan yang memerlukan campur tangan, Pengadil mempunyai kuasa membuat keputusan akhir.
Semua kesalahan (fault) lain akan ditentukan oleh Pengadil mengikut peraturan pertandingan.
09 PERTUKARAN GELANGGANG
Pertukaran bahagian gelanggang akan dilakukan apabila salah satu pasukan mencapai: 8 POINTS
Kedua-dua pasukan hendaklah bertukar bahagian gelanggang sebelum permainan diteruskan.
10 MASA REHAT & RAWATAN KECEDERAAN
Time-out selama: 1 MINUTE hanya dibenarkan pada: STAGE 02 — KNOCK-OUT
Tiada time-out dibenarkan pada Peringkat Round-Robin.
MEDICAL TIME-OUT Sekiranya berlaku kecederaan:
• Setiap pemain boleh memohon Medical Time-Out.
• Tempoh maksimum ialah 5 minit bagi setiap acara.
• Pemain hendaklah bersedia untuk meneruskan permainan selepas tempoh tersebut. Sekiranya pemain masih tidak mampu meneruskan permainan selepas tempoh 5 minit: Pasukan lawan akan diberikan kemenangan penuh bagi game berkenaan.
11 KEGAGALAN HADIR
Mana-mana pasangan beregu yang gagal hadir di gelanggang pada masa permulaan acara akan dianggap: FORFEIT
Pasangan lawan akan diberikan: FULL WIN / WALKOVER
Keputusan tersebut adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Perlawanan dan Jawatankuasa Pengelola.